D168 - Hjh Hasmah Durian ioi

D168 - Hjh Hasmah Durian ioi

D168 - Hjh Hasmah / Durian Mas / IOI 






Buah sederhana besar, bulat, kulit berwarna hijau perang, tangkai pendek dan kecil (4cm) dan berat purata buah 1.5kg. Mudah dibuka. Isi sederhana besar, pejal, berwarna kuning oren, sederhana tebal dan rasa lemak manis dan sedikit pahit.


Simple medium large, round, brown-colored skin, short and small stalks (4cm) and average weight of 1.5kg fruit. Easy to open. Medium simple, solid, orange-yellow, simple thick and sweet and slightly bitter taste.






Sekiranya anda memilik gambar 'Flower bud' dan Bentuk Daun Varieti ini, sila klik link ini untuk memberi sumbangan gambar. 



Nombor Pendaftaran Variety : D168
Nama Varieti : Emas Hj. Hasmah
Panjang Buah : sederhana(18cm)
Lebar Buah : sederhana(16cm)
Nisbah Panjang Kepada Lebar Buah : 1.13:1
Saiz Buah : besar(2.45kg)
Bentuk Buah : bulat
Bentuk Bahu Buah : sedikit rata
Bentuk Hujung Buah : melekuk
Panjang Tangkai Buah : sederhana(4.2cm)
Garispusat Tangkai Buah : sederhana(1.1cm)
Susunan Duri Keliling Tangkai Buah : duri halus bergabung. tapak kecil
Susunan Duri DiHujung Buah : duri halus pendek
Bentuk Duri DiPangsa Buah : duri kasar sederhana panjang
Bentuk Pangsa Buah : sedikit berkop
Kejelasan Pangsa Buah : sederhana jelas
Jenis Duri Antara Pangsa Buah : besar dari duri pangsa
Keadaan Duri DiPangsa Buah : lurus tidak bertaup
Warna Hujung Duri : perang
Warna Tengah Duri : hijau tua
Warna Pangkal Duri : hijau tua
Kesenangan Membuka Buah : senang
Tebal Kulit Buah : sederhana(1.5cm)
Tempoh Masa Matang Buah : awal
Warna Isi : oren
Saiz Ulas : sederhana
Tebal Isi : sederhana
Kemanisan Isi : manis
Rasa Pahit : tiada
Rasa Lemak : sederhana
Tekstur Isi : halus
Kepejalan Isi : lembik
Aroma Isi : sedikit
Peratus Berat Isi Kepada Berat Buah : 0.259
Bil. Ulas Sepangsa : 3
Peratus Biji Penuh : 5.9
Peratus Biji Separuh Penuh : 5.9
Peratus Biji Kesep : 88.2
Saiz Biji : sederhana





Sekiranya anda memilik varieti lain yang lebih menarik!  sila klik link ini untuk memberi sumbangan gambar dan butirannya. 

Berikut gambar yang dikongsikan oleh Kim Akiem :



Warna kuningnya sangat terang lebih terang daripada gambar yang diperoleh daripada PVP Malaysia, mungkin mengambil kira beberapa faktor seperti pembajaan, lokasi kebun, dan amalan pertanian pekebun. 



Kuningnya yang lebih cenderung kepada warna oren sudah pasti membuat hati peminat durian berdebar dan tidak sabar untuk menikmati durian daripada varieti ini. 





Terima kasih kepada  Kim Akiem di atas gambar D168 berkualiti tinggi yang sangat-sangat jelas dan cantik!



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

2 Comments

  1. Siapa Hajah Hasmah, sebenarnya, dan kenapa baka durian ni lebih dikenali dengan nama IOI? Ada kaitan dengan IOI Group ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hjh Hasmah pemilik pokok induk D168 dan telah mendaftarkannya dengan Jabatan Pertanian. Bagaimana mendapat nama IOI mungkin berkaitan aktiviti pertanian syarikat yang mengkomersialkan durian dari varieti ini.

      Delete
To Top